...ku masih lagi setia, biar pun takdir mencabar kita terpisah...ku masih lagi di sini berpegang teguh kalimah CINTA...

Monday, March 22, 2010

...aktiviti cuti sekolah saya...(soalan BM penulisan tahun 4)

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Kuala Lumpur. Ini adalah entah kali ke berapa saya datang ke sini. Tak banyak aktiviti yang saya lakukan pada kali ini. Satu pengalaman yang saya ingin kongsi ialah saya telah pergi ke Uptown Danau Kota. Ia adalah seperti pasar malam yang dibuka dari pukul 9 malam sehingga 3 atau 4 pagi. Saya pergi ke sana untuk meneman kawan saya mencari barang yang dia hendak beli.

Apabila kami sampai di sana, kami lihat sangat ramai orang yang datang. Orang ramai tidak putus-putus datang walaupun pada masa itu jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Orang yang tinggal di bandar besar memang suka keluar berjalan sehingga lewat malam. Tidak macam orang yang tinggal di bandar kecil atau di kampung. Kalau di rumah saya di kampung, pukul 8 malam pun orang sudah berehat di rumah masing-masing.

Mula-mula kami pergi makan kerana saya rasa sangat lapar. Rupa-rupanya saya masih belum makan malam. Selepas menjamu selera kami meneruskan jalan-jalan kami. Terdapat bermacam-macam barang yang dijual di sini. Ada yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, minyak wangi dan ada juga yang menjual peralatan kereta. Patutlah orang ramai suka datang ke sini.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Kami sudah mula rasa penat kerana bersesak-sesak dengan orang yang semakin ramai. Kami pun membuat keputusan untuk balik. Sebelum balik saya telah membeli selipar yang comel ini. Sudah lama saya bercadang untuk membeli selipar ini untuk dipakai di dalam bilik saya nanti. Saya rasa sungguh gembira kerana akhirnya saya telah berjaya membeli selipar ini. Saya rasa sungguh tidak sabar untuk memakainya. Jadi kami pun segera pulang.




Selipar ini sungguh lembut dan selesa apabila dipakai


Walaupun jarak dari Uptown Danau Kota dengan rumah kami agak jauh tetapi kami tidak risau kerana dalam fikiran kami jalan raya pasti akan lengang memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Walau bagaimanapun jangkaan kami meleset kerana setibanya di hadapan KL Sentral, jalan menjadi begitu sesak. Saya dan kawan saya berbincang mengenai punca-punca kesesakan jalan raya di tengah malam begini. Bermacam-macam tanggapan yang kami buat tetapi rupa-rupanya ada orang yang tengah bekerja membaiki jalan di situ.




Keadaan jalan raya yang sesak


Beginilah kehidupan di Kuala Lumpur. Kita akan dapat melihat orang bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Kesesakan lalulintas ini telah membuatkan kami sangkut di tempat yang sama lebih 30minit. Akhirnya kami tiba di rumah pukul 1 lebih. Oleh kerana terlalu penat saya terus tidur tanpa sempat mencuba selipar yang saya baru beli itu. Begitulah pengalaman saya pada cuti sekolah yang lalu.

4 comments:

  1. pendahuluan : B
    isi : B
    penutup : B
    Result : B

    ReplyDelete
  2. pendahuluan : P
    isi : AAA (sebab ada gambar)
    penutup : L
    Result : M

    sangeeeta kacis oh bagai... memang hebat la kalo ini karangan student UPSR sebab sempat prepare gambar utk soalan exam... meacam dah spot soalan plak.. hu hu hue..

    ReplyDelete
  3. hahaha...kejam tol sir M memberi markah...bg la sket tip2 nk membaiki mutu karangan tu...

    ReplyDelete
  4. tips2 untuk membaiki mutu karangan ialah anda kenalah menggunakan perkataan2 yang kacis dan bombastic seperti kacis, enchum, sangeeeta, dan sebagainya lagi..

    ReplyDelete